RUKUN HAJI YANG PERTAMA : NIAT IHRAM


RUKUN YANG PERTAMA : NIAT IHRAM
Pengertian
Berniat menunaikan haji.
MIQAT ZAMANI
MIQAT MAKANI
Pada bila-bila masa di antara 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar subuh 10 Zulhijjah, sebelum wuquf di Arafah
Di Tanah Haram Makkah sebelum ke Arafah, pada yang berada di Makkah
NIAT IHRAM

نويت الحج واحرمت به لله تعلى

Sahaja aku berniat ihram dengannya kerana Allah taala.

PAKAIAN IHRAM LELAKI


Daripada dua helai kain yang tidak berjahit atau bercantum

1. Sehelai bagi menutupi aurat di antara pusat dan lutut.
2. Sehelai dijadikan sebagai selendang menutupi seluruh badan kecuali kepala terutamanya apabila berhadapan dengan perempuan yang bukan mahramnya.
 
PAKAIAN IHRAM PEREMPUAN
Menutupi kesemua anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.






CARA MEMAKAI IHRAM BAGI LELAKI


 AMALAN SUNAT SEBELUM BERIHRAM

1. Memotong kuku
2. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari
3. Mengemas misai, janggut dan rambut
4. Mandi sunat ihram
5. Memakai pakaian ihram bewarna putih
6. Solat sunat ihram
7. Memperbanyakkan bacaan talbiah selepas memakai ihram



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates