RUKUN HAJI YANG KEEMPAT : SA'IE










RUKUN HAJI YANG KETIGA : TAWAF

TAWAF

PENGERTIAN TAWAF




Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh keliling, bermula dari penjuru Al-Hajarul Al-Aswad dan berakhir di tempat yang sama. 










RUKUN HAJI YANG KEDUA : WUKUF

WUKUF

PENGERTIAN

Berada di Padang Arafah walaupun sekejap, Bermula dari gelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga 
terbit fajar pada 10 Zulhijah


SYARAT-SYARAT BERWUKUF


1.
Berihram dengan niat haji
2.
Tidak hilang akal
3.
Tidak nazak
4.
Berkeadaan siuman
5.
Berada di bumi Arafah sejenak di
dalam waktu wuquf. 
 AMALAN SEMASA BERWUKUF


1. Sembahyang fardu secara berjemaah
2. Sembahyang-sembahyang sunat
3. Bertalbiah
4. Berdoa
5. Membaca Al-Qur'an 
6. Berzikir di padang Arafah

SUASANA WUKUF DI ARAFAH





RUKUN DAN WAJIB HAJI

RUKUN HAJI

1.  NIAT IHRAM

2.  WUKUF

3.  TAWAF

4. SAIE

5. BERCUKUR

6. TERTIB


WAJIB HAJI

1.  NIAT IHRAM DI MIQAT

2.  MENINGGALKAN LARANGAN IHRAM

3.  MELONTAR JAMRAH KUBRA

4.  BERMALAM (MABIT) DI MINA

5.  MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH PADA HARI TASYRIK


RUKUN HAJI YANG PERTAMA : NIAT IHRAM


RUKUN YANG PERTAMA : NIAT IHRAM
Pengertian
Berniat menunaikan haji.
MIQAT ZAMANI
MIQAT MAKANI
Pada bila-bila masa di antara 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar subuh 10 Zulhijjah, sebelum wuquf di Arafah
Di Tanah Haram Makkah sebelum ke Arafah, pada yang berada di Makkah
NIAT IHRAM

نويت الحج واحرمت به لله تعلى

Sahaja aku berniat ihram dengannya kerana Allah taala.

PAKAIAN IHRAM LELAKI


Daripada dua helai kain yang tidak berjahit atau bercantum

1. Sehelai bagi menutupi aurat di antara pusat dan lutut.
2. Sehelai dijadikan sebagai selendang menutupi seluruh badan kecuali kepala terutamanya apabila berhadapan dengan perempuan yang bukan mahramnya.
 
PAKAIAN IHRAM PEREMPUAN
Menutupi kesemua anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.






CARA MEMAKAI IHRAM BAGI LELAKI


 AMALAN SUNAT SEBELUM BERIHRAM

1. Memotong kuku
2. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari
3. Mengemas misai, janggut dan rambut
4. Mandi sunat ihram
5. Memakai pakaian ihram bewarna putih
6. Solat sunat ihram
7. Memperbanyakkan bacaan talbiah selepas memakai ihram



PENDAHULUAN

Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.

Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.

Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik atau tanghut.

Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan system yang menuju ke arah taghut wajib dijauhi.

Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memsongkan akidah, tetapi bersikap Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya.

PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH

PENGERTIAN HAJI

Bahasa:      Mengunjungi tempat mulia.

Istilah:       Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadah tertentu, pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

PENGERTIAN UMRAH

Bahasa:      Ziarah.

Istilah:       Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadah tertentu, pada bila-bila masa dengan syarat-syaratnya.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates